Janjiku padamu wahai anak bangsa..

on Wednesday, October 14, 2009

jujur ingin aku katakan aku tidak mahu berjanji dan bersumpah setia dengan apa yang aku akan coretkan ini..
Tapi aku punya harapan dan tekad untuk menjadi individu yang baik di mata dunia dan di mata Allah juga..
Tutor aku paper teknologi dan inovasi dalam pendidikn, En.Nurzid telah memberikan tugasan untuk menuliskan sedikit catatan di dalam blog ini mengenai 'Janji anda sebagai guru'. Aku terpana seketika kerana terfikirkan wajarkah aku berjanji???adakah janji itu akan aku tepati??sambil menarik nafas sedalamnya, aku berbisik pada naluri 'tulis ja la dulu'..

baiklah aku mulakan coretan ini dengan satu 'pegangan' sahaja iaitu aku ingin membantu mereka..pada firasat aku mereka masih punya peluang dan masa untuk diselamatkan masa depan mereka..Kerna aku percaya setiap insan yang dicipta Allah tidak kira apa jua rupa parasnya,bentuk badannya, sikapnya atau apa jua peribadinya..mereka punya PELUANG untuk berjaya walau bukan daripada perspektif yang serupa..

Niat aku juga ialah dimulai dengan tekad..

aku bertekad untuk menjadi pelindung dan rakan buat mereka..Kesedaran ini timbul kerana di alam persekolahan aku dulu aku bukanlah pelajar cemerlang..aku hanya pelajar biasa..bersekolah di sekolah biasa..keputusan peperiksaan aku juga biasa-biasa sahaja..oppsss bukan biasa tapi 'TERUK'!!!itu kata abah masa aku tunjukkan keputusan peperiksaan SPM aku kepadanya 6 tahun dulu.

lantaran itu...aku terfikir sambil mendongak ke langit memikirkan ilahi layakkah aku menjadi seorang guru???tatkala aku mendapat keputusan untuk melanjutkan pelajaran DPLI di UPSI..
bukan kehendak aku tapi demi mama dan abah.
Aku turut sahaja kehendak mama dan abah yang mahukan aku menjadi pendidik..bagi mereka..perempuan senang jadi cikgu ja...

Beginilah dipermudahkan cerita...

Aku nak sangat tolong para pelajar aku sebab aku tak nak diorang jadi macam aku yang dah hampir2 terkubur sampai dah tak nampak sangat masa depan.

aku nak diorang sentiasa bermotivasi dan teruskan usaha juga untuk habiskan persekolahan mereka sekurang-kurangnya sampai tingkatan 5.Mungkin bagi anda apa la sangatkan nak habiskan sekolah sampai tingkatan 5??semua org mmg kna hbiskan sekolah mcm org lain..

tapi aku punya rasa berbeza kerana latar belakang jiran tetangga aku ramai yang tak menghabiskan alam persekolahan..Ada yang dah berhenti sekolah lepas UPSR dan ada yang belum sempat pun amik PMR dah berhentui sekolah..Keja kutip bola golf kat padang golf,keja hotel dan jadi cleaner.kat airport..Aku bukan menghina dengan apa yang mereka lakukan tetapi aku tahu mereka boleh lagi untuk meneruskan pengajian hingga ke tingkatan lima..

aku tahu..tahap kecerdasan para pelajar ni berlainan..ada yang pandai..ada yang suam2 kuku dan macam2 lagi..

tapi hatiku aku lebih terpana kepada mereka yang kurang cemerlang dari segi akademik..
sebab aku yakin kalau yang pandai2 tu mesti ramai cikgu2 lain yang nak tolong kan?hehehehe(tak baik tau)

Mereka kurang berwibawa di dalam kertas peperiksaan tak bermakna mereka gagal dalam segala hal..Aku nak sangat diorang tahu yang hidup diatas bumi Allah ni bukan yang hanya cemerlang dalam mata pelajaran sahaja yang boleh hidup tetapi mereka juga miliki kehebatan tersendiri..

aku nak sangat diorang ada motivasi di dalam diri untuk teruskan persekolahan walaupun keputusan peperiksaan SPM mereka yang tercatit nanti semuanya E8 dan G9..

Buat anak-anak pelajar cikgu yang bakal kita bertemu kelak..
jangan bimbang jika kau tersungkur kerna tangan ini akan memautmu untuk sama-sama bangun dengan cara kita sendiri..

jangan berasa dirimu insan kerdil dan merendah hati lantaran dirimu yang dikelilingi insan-insan bitara yang lain ....Percaya kepada jiwa dan kebolehan mu bahawa engkau juga punya istimewa tersendiri..banggalah jadi dirimu..terimalah dirimu seadanya..

aku mahu kau mencorakkan masa depanmu dengan langkahan kakimu penuh rasa bangga kerana kau boleh melakukan!!

Usah terlalu pedulikan kata-kata luar yang selalu menyakitkan pancaindera dengarmu..genggam erat tanganmu dan bertekadlah yang kau pasti berjaya di dalam acuanmu kerna insan yang bernama Nur Saadatul Akma ada bersama untuk membantu..

Sekian...Semoga kasihku kepada kalian semua akan terus bersemadi di hati bertahta di jiwa sanubari kita sehingga menutup mata..

0 comments:

Post a Comment

Jika anda mempunyai sebarang pandangan silalah kemukan di sini..Saya sudi menerimanya untuk kebaikan bersama.