Seronoknya tidak tergambar!!

on Wednesday, October 28, 2009

Tak tau macammana nak story..tapi aku rasa teruja dan gembira sangat sebb semestertr 1 di Upsi dah selesai dan aku bawak Ida n k. Why (clasmate aku merangkap klik aku kat upsi) datang jejalan kat langkawi..
Aku rajin gak dengar dari mulut kengkawan kata langkawi tak bes!!sapa kata..tanya k.why n ida..diorang borong sakan n menikmati macam2 pengalaman manis kat langkawi!!!
Kekadang tu aku sokong ngn saranan kerajaan melawat malaysia!!cantik siot pulau2 kat langkawi ni!!buat ati aku..jiwa aku rasa lapang daripada segala masalah2 yang aku hadapi..
alangkah besnya idup tanpa kekalutan!!hahahahaha..bohong la tu!!!
Melalui journey aku ngn k.why n ida sedikit sbanyak mengajar aku untuk mengenali mereka berdua..kata orng tak knal maka x cinta kan...thx gak kat diorng sudi jd kawan aku!!
kiranya aku dapat pengalaman intrinsik n ekstrinsik..dalam menikmati kecantikan Allah yang mempersembahakan hamparan alam yang benar2 memaut jiwa aku..sambil hati ini juga dihamparkan erti persahabatan sebenar!!!
Aku tetap dengan pendirian aku..wang bukan pertaruhan dalam persahabatan dan susah n payah itulah yang harus kita seretkan n buktikan kasih sayang melepasi segala2nya!!!
buat teman2 yang mengenali diri aku...terima kasih menerima aku seadanya walaupun kadang2 aku yakin yang kalian semua rasa kurang senang dengan sikapku..tapi ini lah aku!!!
sukar menjadi diri orang lain!!!

Salam 1 Malaysia..

on Thursday, October 15, 2009

Pagi ni bila pasang radio HotFm..terkejut la plak nape la da lagu2 hindustan.hehehe..oh ralit la pula esokkan Deepavali..
Tiba-tiba rasa berbunga la pula dalam hati..bahagianya jadi rakyat Malaysia.Macam-macam perayaan yang bolh kita tumpang sekaki.betul tak??

Tak kisah apapun yang penting kita perlu ada rasa bangga dia atas kurniaan Ilahi mempertmukan kita dgn pelbagai bangsa!!

Nama2 seperti Saraswathy,Kogilavani,Maccap,Selvamani.Selvarani dan ramai lagi benar2 memahatkan di memori aku..

Sebb mereka aku knal tarian baratnam natyam,punjabi,makanan india dan yang paling aku suka gelang!!!kalah mami jarum..eheheh

papapun semoga rakyat malaysia yang berbangsa India gembira menyambut deepavali..pesta Cahaya

Aku juga bersyukur sebab hari ni hari terakhir puasa Enam(lambatnya)..Jadi esok raya la..

Alhamdulilah..

bangganya...AKU ANAK MALAYSIA

terima kasih atas segalanya..

ku panjatkan kesyukuran menadah tangan berlekukkan 10 jari jemariku kerna masih dipanjangkan usia hingga ke nafas ketika ini..

Ya Allah aku mohon pada ampunkanlah dosa-dosa..Ampunkanlah setiap kekhilafanku..Ampunkan dosa-dosa kedua ibu bapaku,adik beradikku,saudara maraku dan datuk serta nenekku..

Ya Allah ampunkanlah juga dosa-dosa sahabaat-sahabatku yang ikhlas menerimaku seadanya..Ampunkanlah juga dosa-dosa insan-insan yang mendidik dan menabur ilmu kepadaku..

Tiada apa yang dapat aku dedikasikan untuk sema hanya jambangan doa dari ketulusan hati yang tidak pernak secalitpun aku lupakan kalian..

Buat semua..maafkan diatas kesilapan diri ini..Demi tuhan aku bangga mengenali setiap insan yang aku kenali..insan itu adalah kalian yang sentiasa tersemat erat di hati ini...

Semoga dalam setiap nafas yang berhembus dan disulami dengan sedutan nikmat Allah membuatkan kita tidak pernah alpa kepada Yang Maha Esa..

harga kawan di mata aku..

on Wednesday, October 14, 2009

Janjiku padamu wahai anak bangsa..

jujur ingin aku katakan aku tidak mahu berjanji dan bersumpah setia dengan apa yang aku akan coretkan ini..
Tapi aku punya harapan dan tekad untuk menjadi individu yang baik di mata dunia dan di mata Allah juga..
Tutor aku paper teknologi dan inovasi dalam pendidikn, En.Nurzid telah memberikan tugasan untuk menuliskan sedikit catatan di dalam blog ini mengenai 'Janji anda sebagai guru'. Aku terpana seketika kerana terfikirkan wajarkah aku berjanji???adakah janji itu akan aku tepati??sambil menarik nafas sedalamnya, aku berbisik pada naluri 'tulis ja la dulu'..

baiklah aku mulakan coretan ini dengan satu 'pegangan' sahaja iaitu aku ingin membantu mereka..pada firasat aku mereka masih punya peluang dan masa untuk diselamatkan masa depan mereka..Kerna aku percaya setiap insan yang dicipta Allah tidak kira apa jua rupa parasnya,bentuk badannya, sikapnya atau apa jua peribadinya..mereka punya PELUANG untuk berjaya walau bukan daripada perspektif yang serupa..

Niat aku juga ialah dimulai dengan tekad..

aku bertekad untuk menjadi pelindung dan rakan buat mereka..Kesedaran ini timbul kerana di alam persekolahan aku dulu aku bukanlah pelajar cemerlang..aku hanya pelajar biasa..bersekolah di sekolah biasa..keputusan peperiksaan aku juga biasa-biasa sahaja..oppsss bukan biasa tapi 'TERUK'!!!itu kata abah masa aku tunjukkan keputusan peperiksaan SPM aku kepadanya 6 tahun dulu.

lantaran itu...aku terfikir sambil mendongak ke langit memikirkan ilahi layakkah aku menjadi seorang guru???tatkala aku mendapat keputusan untuk melanjutkan pelajaran DPLI di UPSI..
bukan kehendak aku tapi demi mama dan abah.
Aku turut sahaja kehendak mama dan abah yang mahukan aku menjadi pendidik..bagi mereka..perempuan senang jadi cikgu ja...

Beginilah dipermudahkan cerita...

Aku nak sangat tolong para pelajar aku sebab aku tak nak diorang jadi macam aku yang dah hampir2 terkubur sampai dah tak nampak sangat masa depan.

aku nak diorang sentiasa bermotivasi dan teruskan usaha juga untuk habiskan persekolahan mereka sekurang-kurangnya sampai tingkatan 5.Mungkin bagi anda apa la sangatkan nak habiskan sekolah sampai tingkatan 5??semua org mmg kna hbiskan sekolah mcm org lain..

tapi aku punya rasa berbeza kerana latar belakang jiran tetangga aku ramai yang tak menghabiskan alam persekolahan..Ada yang dah berhenti sekolah lepas UPSR dan ada yang belum sempat pun amik PMR dah berhentui sekolah..Keja kutip bola golf kat padang golf,keja hotel dan jadi cleaner.kat airport..Aku bukan menghina dengan apa yang mereka lakukan tetapi aku tahu mereka boleh lagi untuk meneruskan pengajian hingga ke tingkatan lima..

aku tahu..tahap kecerdasan para pelajar ni berlainan..ada yang pandai..ada yang suam2 kuku dan macam2 lagi..

tapi hatiku aku lebih terpana kepada mereka yang kurang cemerlang dari segi akademik..
sebab aku yakin kalau yang pandai2 tu mesti ramai cikgu2 lain yang nak tolong kan?hehehehe(tak baik tau)

Mereka kurang berwibawa di dalam kertas peperiksaan tak bermakna mereka gagal dalam segala hal..Aku nak sangat diorang tahu yang hidup diatas bumi Allah ni bukan yang hanya cemerlang dalam mata pelajaran sahaja yang boleh hidup tetapi mereka juga miliki kehebatan tersendiri..

aku nak sangat diorang ada motivasi di dalam diri untuk teruskan persekolahan walaupun keputusan peperiksaan SPM mereka yang tercatit nanti semuanya E8 dan G9..

Buat anak-anak pelajar cikgu yang bakal kita bertemu kelak..
jangan bimbang jika kau tersungkur kerna tangan ini akan memautmu untuk sama-sama bangun dengan cara kita sendiri..

jangan berasa dirimu insan kerdil dan merendah hati lantaran dirimu yang dikelilingi insan-insan bitara yang lain ....Percaya kepada jiwa dan kebolehan mu bahawa engkau juga punya istimewa tersendiri..banggalah jadi dirimu..terimalah dirimu seadanya..

aku mahu kau mencorakkan masa depanmu dengan langkahan kakimu penuh rasa bangga kerana kau boleh melakukan!!

Usah terlalu pedulikan kata-kata luar yang selalu menyakitkan pancaindera dengarmu..genggam erat tanganmu dan bertekadlah yang kau pasti berjaya di dalam acuanmu kerna insan yang bernama Nur Saadatul Akma ada bersama untuk membantu..

Sekian...Semoga kasihku kepada kalian semua akan terus bersemadi di hati bertahta di jiwa sanubari kita sehingga menutup mata..

Salam untuk semua pengunjung blog saya..

Hidup ini bak putaran roda...kadang-kadang kita di atas

kadang kita di bawah..


namun,jika kita sudah berjaya dan berada di atas jangan

dilupa kemuncup di bumi!!!

Semangat!!!

on Tuesday, October 13, 2009

rasa teruja sangat nak mulakan blog ni sbb banyak yang nak dikongsi bersama!!!