Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman
Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
nape bosan??
1.kawan umah semua tak da,,,
awin g jalan2 kl..
k.meni kat umah dia kt kg..dh 2 minggu aku x jmpa
k.maz mama g setel projk ank angkat dia kat n9
k.maz kcik kn blik bmlm coz abg dia suh blik..
aku...dok sorng2 tanpa spa2..
nsib bek da ida n k.way..dirng tmn..tpi sbuk nk wat esemen la....senin ni antaq..
suasana skunk kat apartment damiana ni..ya allah sunyi..org2 proton g nkj...bdak2 dpli ramai g blik kg leeeerrr.....so aku hanya menatap laptop...sunyi..cemuih..
yg bes!!!
1.aku dapat kwn2 yg fahami aku..k,,way n ida..syg diorg
2.kat cni la aku blaja bwk keta manual ngn kwn2 umah aku yg byk support..awin,,kmaz..ex hsemate quzwa..
3.blaja untuk menjadi wanita dan erti pengorbanan...aku dah stat suka memasak..suka ngn bdak2 umah yg mmg membkar smgat aku untuk lbih mnjadi diri aku sndri...
4.actuallykan....tanjong malim ni bes tau..keta x byak..tenng...then pemandu2nya sgt berhemh..kiranya cool la diorng ni...hehehehhe
tapi bila2 kkwan x da bosan la gak..huhuhuhuhu
adoooiiiiiiiiiiiiiii...tuhan sja tahu btapa bosannya aku
keje banyak sangat ...tp tu la inspirasi nak rajin tu x mai2x..
alhmdulillah..dalam usia 24 tahun ni..aku masih diberi ruang dan peluang untuk menyambut aidiladha..
walaupun tak sambut dengan ayahanda dan bonda..namun aku masih berupaya meraikannya bersama keluarga Mak lang..sangat gembira hingga tak terucap dengan kata-kata!!
kadang-kadang kita terfikir bagaimana untuk memastikan tali silaturrahim hendak dipaut semula..melalui perayaan..itu kata hati aku..betul..
kalau harap nak berkumpul..semua sibuk ja memanjang..aku dengan tugasan yang melambak2..yang dah keja tu sibuk ngan keja..jadi dengan adanya perayaan ni dapat la berkumpul bersama..masak bersama..makan ramai2..gurau senda bersama dan yang paling penting banyak kisah suka duka dikongsi bersama...
Ditambah pula perkongsian idea sebenarnya banyak membuka minda dan jiwa aku....
alamak Ayu kacau la...huhuhu..tak nyempat nak bermadah..kui3x
salam aidiladha buat semua semoga kalian semuan berada di bawah limpahan ilahi..
percayalah setipa apa yang diduga oleh Allah sebenarnya setimpal dengan diri kita..kerna Allah mengetahui apa sahaja yang terbit dan timbul di benak hati kita!!!
semoga Allah bersama kita dan terus bertahta di hati sehingga menutup mata!!!

.jpg)
Salam pertemuan lagi...
sebelum langkahan aku terus menerjah je hadapan..inginku panjtkan kesyukuran kerna dipanjangkan umur untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Mu Ya Allah!!!
Aku tak tau nak cakap tapi gembira,teruja,puas dan maam2 dapat join kawn2 umah n kwn2 len gi hot spring sg.klah kat trolak,Perak..
aku seronok bermandi manda..nak air pe...suam??panas n sejuk gedi pun ada!!hahahahaha
Tak tau nak cakap tapi sangat2 tersentuh dengan ciptaan Allah!!
Tiba-tiba rasa berbunga la pula dalam hati..bahagianya jadi rakyat Malaysia.Macam-macam perayaan yang bolh kita tumpang sekaki.betul tak??
Tak kisah apapun yang penting kita perlu ada rasa bangga dia atas kurniaan Ilahi mempertmukan kita dgn pelbagai bangsa!!
Nama2 seperti Saraswathy,Kogilavani,Maccap,Selvamani.Selvarani dan ramai lagi benar2 memahatkan di memori aku..
Sebb mereka aku knal tarian baratnam natyam,punjabi,makanan india dan yang paling aku suka gelang!!!kalah mami jarum..eheheh
papapun semoga rakyat malaysia yang berbangsa India gembira menyambut deepavali..pesta Cahaya
Aku juga bersyukur sebab hari ni hari terakhir puasa Enam(lambatnya)..Jadi esok raya la..
Alhamdulilah..
bangganya...AKU ANAK MALAYSIA
Ya Allah aku mohon pada ampunkanlah dosa-dosa..Ampunkanlah setiap kekhilafanku..Ampunkan dosa-dosa kedua ibu bapaku,adik beradikku,saudara maraku dan datuk serta nenekku..
Ya Allah ampunkanlah juga dosa-dosa sahabaat-sahabatku yang ikhlas menerimaku seadanya..Ampunkanlah juga dosa-dosa insan-insan yang mendidik dan menabur ilmu kepadaku..
Tiada apa yang dapat aku dedikasikan untuk sema hanya jambangan doa dari ketulusan hati yang tidak pernak secalitpun aku lupakan kalian..
Buat semua..maafkan diatas kesilapan diri ini..Demi tuhan aku bangga mengenali setiap insan yang aku kenali..insan itu adalah kalian yang sentiasa tersemat erat di hati ini...
Semoga dalam setiap nafas yang berhembus dan disulami dengan sedutan nikmat Allah membuatkan kita tidak pernah alpa kepada Yang Maha Esa..
Tapi aku punya harapan dan tekad untuk menjadi individu yang baik di mata dunia dan di mata Allah juga..
Tutor aku paper teknologi dan inovasi dalam pendidikn, En.Nurzid telah memberikan tugasan untuk menuliskan sedikit catatan di dalam blog ini mengenai 'Janji anda sebagai guru'. Aku terpana seketika kerana terfikirkan wajarkah aku berjanji???adakah janji itu akan aku tepati??sambil menarik nafas sedalamnya, aku berbisik pada naluri 'tulis ja la dulu'..
baiklah aku mulakan coretan ini dengan satu 'pegangan' sahaja iaitu aku ingin membantu mereka..pada firasat aku mereka masih punya peluang dan masa untuk diselamatkan masa depan mereka..Kerna aku percaya setiap insan yang dicipta Allah tidak kira apa jua rupa parasnya,bentuk badannya, sikapnya atau apa jua peribadinya..mereka punya PELUANG untuk berjaya walau bukan daripada perspektif yang serupa..
Niat aku juga ialah dimulai dengan tekad..
aku bertekad untuk menjadi pelindung dan rakan buat mereka..Kesedaran ini timbul kerana di alam persekolahan aku dulu aku bukanlah pelajar cemerlang..aku hanya pelajar biasa..bersekolah di sekolah biasa..keputusan peperiksaan aku juga biasa-biasa sahaja..oppsss bukan biasa tapi 'TERUK'!!!itu kata abah masa aku tunjukkan keputusan peperiksaan SPM aku kepadanya 6 tahun dulu.
lantaran itu...aku terfikir sambil mendongak ke langit memikirkan ilahi layakkah aku menjadi seorang guru???tatkala aku mendapat keputusan untuk melanjutkan pelajaran DPLI di UPSI..
bukan kehendak aku tapi demi mama dan abah.
Aku turut sahaja kehendak mama dan abah yang mahukan aku menjadi pendidik..bagi mereka..perempuan senang jadi cikgu ja...
Beginilah dipermudahkan cerita...
Aku nak sangat tolong para pelajar aku sebab aku tak nak diorang jadi macam aku yang dah hampir2 terkubur sampai dah tak nampak sangat masa depan.
aku nak diorang sentiasa bermotivasi dan teruskan usaha juga untuk habiskan persekolahan mereka sekurang-kurangnya sampai tingkatan 5.Mungkin bagi anda apa la sangatkan nak habiskan sekolah sampai tingkatan 5??semua org mmg kna hbiskan sekolah mcm org lain..
tapi aku punya rasa berbeza kerana latar belakang jiran tetangga aku ramai yang tak menghabiskan alam persekolahan..Ada yang dah berhenti sekolah lepas UPSR dan ada yang belum sempat pun amik PMR dah berhentui sekolah..Keja kutip bola golf kat padang golf,keja hotel dan jadi cleaner.kat airport..Aku bukan menghina dengan apa yang mereka lakukan tetapi aku tahu mereka boleh lagi untuk meneruskan pengajian hingga ke tingkatan lima..
aku tahu..tahap kecerdasan para pelajar ni berlainan..ada yang pandai..ada yang suam2 kuku dan macam2 lagi..
tapi hatiku aku lebih terpana kepada mereka yang kurang cemerlang dari segi akademik..
sebab aku yakin kalau yang pandai2 tu mesti ramai cikgu2 lain yang nak tolong kan?hehehehe(tak baik tau)
Mereka kurang berwibawa di dalam kertas peperiksaan tak bermakna mereka gagal dalam segala hal..Aku nak sangat diorang tahu yang hidup diatas bumi Allah ni bukan yang hanya cemerlang dalam mata pelajaran sahaja yang boleh hidup tetapi mereka juga miliki kehebatan tersendiri..
aku nak sangat diorang ada motivasi di dalam diri untuk teruskan persekolahan walaupun keputusan peperiksaan SPM mereka yang tercatit nanti semuanya E8 dan G9..
Buat anak-anak pelajar cikgu yang bakal kita bertemu kelak..
jangan bimbang jika kau tersungkur kerna tangan ini akan memautmu untuk sama-sama bangun dengan cara kita sendiri..
jangan berasa dirimu insan kerdil dan merendah hati lantaran dirimu yang dikelilingi insan-insan bitara yang lain ....Percaya kepada jiwa dan kebolehan mu bahawa engkau juga punya istimewa tersendiri..banggalah jadi dirimu..terimalah dirimu seadanya..
aku mahu kau mencorakkan masa depanmu dengan langkahan kakimu penuh rasa bangga kerana kau boleh melakukan!!
Usah terlalu pedulikan kata-kata luar yang selalu menyakitkan pancaindera dengarmu..genggam erat tanganmu dan bertekadlah yang kau pasti berjaya di dalam acuanmu kerna insan yang bernama Nur Saadatul Akma ada bersama untuk membantu..
Sekian...Semoga kasihku kepada kalian semua akan terus bersemadi di hati bertahta di jiwa sanubari kita sehingga menutup mata..
kadang kita di bawah..
namun,jika kita sudah berjaya dan berada di atas jangan
dilupa kemuncup di bumi!!!
rasa teruja sangat nak mulakan blog ni sbb banyak yang nak dikongsi bersama!!!


